Kekerapan Suami Isteri Melakukan Hubungan Seks

Seorang professor pakar kajian tentang tabiat manusia telah mengadakan satu seminar di sebuah dewan yang di hadiri oleh lima puluh pasangan suami isteri bermasaalah yang masing-masing berumur dalam lingkungan 40 tahun keatas.

Didalam membentangkan kertas-kerjanya Si professor menerangkan bahawa "mood" seharian sesaorang itu banyak bergantung pada kekerapan mereka melakukan hubungan seks suami isteri. Contohnya:

1. Hubungan seks setiap hari ataupun sekurang-kurangnya 4 hari dalam seminggu. Air muka seorang lelaki akan nampak selalu ceria, peramah dan senang ketawa.
2. Jika hubungan seks dilakukan sekali dalam seminggu. Selalunya nampak ceria dan senanghati pada hari yang tertentu. Kebanyakan hari yang dilalui dengan berwajah serious.
3. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam sebulan. Jangan cuba-cuba bawak bergurau dengan orang seperti ini kerana silap hari bulan penumbuk atau penampar akan singgah ke muka kita.
4. Jika hubungan seks dilakukan sekali atau dua kali dalam setahun. Orang sebegini ada teruk sikit. Raut muka murung semanjang. Kalau dia ketawa pun mungkin hari itu dia kena loteri.

Professor itu cuba buktikan kesahihan kajiannya ini dengan bertanyakan soalan pada salah satu para peserta lelaki.
"Saudara yang duduk di kerusi no 5 barisan dua sila berdiri sebentar." Katanya. "Berapa kerapkah saudara lakukan dalam seminggu?"

"Oh, saya tidak selalu. Dalam sebulan mungkin enam atau tujuh kali saja sebab kami berdua terlalu sibuk dengan urusan perniagaan kami jadi tak ada masa langsung untuk bermesra", kata peserta itu sambil menjeling pada isterinya yang duduk di barisan kumpulan wanita.

Setiap peserta tersenyum simpul sambil menepuk tangan pada jawapan lelaki itu.

"Jadi betulkah tanggapan saya yang saudara ini dalan kategori nombor dua?"
"Ya, keterangan tuan saya setuju". Jawabnya sambil duduk semula.

Kemudian professor itu mengajukan soalan pada sesiapa yang sukarela membuat pengakuan yang mereka berhubungan seks dalam kategori 4.

"Saya, saya.." teriak seorang lelaki yang berumur 50 puluhan yang duduk di barisan belakang berdiri sambil berlonjak-lonjak keriangan.
"Terimakasih. Adakah anda terlalu jarang-jarang berhubungan seks dengan isteri anda?"
"Iya.. betul tu… Setahun kami lakukan hanya sekali aja." Katanya dengan girang.

Para peserta yang lain jadi tertawa dengan telatah lelaki itu.
"Tapi anda kelihatan nampaknya terlalu suka hati. Tidak seperti yang saya jangkakan yang anda tentunya kelihatan sedih. Kenapa agaknya?" Tanya professor itu dengan malu sebab kali ini jangkaannya meleset dan para peserta mungkin tidak mempercayainya lagi.

"Ye..ye.. Tentu sekalilah tuan. Sebab saat yang indah itu adalah MALAM INI!" Katanya sambil memerhatikan isterinya yang duduk jauh di barisan tengah bahagian wanita.

"Ooohh... patutlah.." Professor itu tersenyum simpul.

Satu dewan gegak gempita dengan hilai ketawa kesemua para peserta yang hadir.

Sent by: e-lawak posted on 24 August 2013