Pekerjaan Baru Sebagai Guru Kaunseling
Fatimah baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar di sekolah itu.
Pada masa rehat dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain. Fatimah cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah. Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.
Mendengar jawapan itu Fatimah lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Fatimah memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Fatimah kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah. Lalu sekali lagi Fatimah mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan.
"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"
Pelajar itu menjawab..
"Okey.. boleh saja...!"
Merasa bahawa pendekatannya berhasil Fatimah bertanya lagi..
"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"
"Kerana..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan, "...Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"