Lelaki Period
Untuk Isteriku tersayang.. semoga berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Diharap kehadiran surat ini tidak melukakan hari dan perasaan Ayang. Sebenarnya sudah agak lama abang memikirkan akan perkara ini, Cuma masanya sahaja di rasakan kurang sesuai.Akan tetapi abang rasa inilah masa yang paling sesuai untuk mencurahkan perasaan yang terbuku dihati selama ini.Harapan abang semoga Ayang dapat membacanya dengan hati yang jujur dan ikhlas dan berlapang dada menerima kehendak abang.
Seperti yang sedia maklum, abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai Ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati Ayang tanpa soal. Abang jaga Ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah Ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?
Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 9hb Jun 2006 hingga 9 Julai 2006. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi. Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan.
Dalam tempoh tersebut Ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2006 di Jerman. Jika Ayang gagal melakukan perkara ini, Ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu Ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.
Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa Ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran Ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali mengerling ke arah remote control pada masa tersebut.
Jika Ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, Ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang. Jika Ayang bercadang untuk berbogel di hadapan tv pada waktu tersebut, pastikan Ayang memakai pakaian semula selepas itu kerana abang takut Ayang akan demam kerana kesejukan. Abang takut abang tidak mempunyai masa untuk membawa Ayang ke klinik dan juga melayan Ayang selepas itu.
Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan Ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sAyang abang akan bertambah kepada Ayang jika Ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.
Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi Ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada massa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.
Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?
Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.
Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka Ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?
Selepas period abang ini abih..Ayang dilarang merungut: siib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.
Atas kerjasama dan timbang rasa Ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut emas.. pandai-pandai la Ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah? Jika sebaliknya? hendaklah Ayang turut berduka?.
Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!
Abang yang sentiasa menyayangi Ayang