Kisah Cinta Pelajar Sains

Di ambang sore nan hening.

Aku: "Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??"

Kau: "Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku."

Aku: "Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian."

Kau: "Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yang kuberikan."

Aku: "Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!"

Kau: "Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih."

Aku: "Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yang kau berikan."

Kau: "Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yang mempunyai janji-janji manis yang bergerak secara rawak."

Aku: "Itu adalah fitnah yang telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan."

Kau: "Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?"

Aku: "Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu."

Kau: "Adakah kita akan berpadu secara kimia?"

Aku: "Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya."

Kau: "Aku khuatir kau akan bertemu dengan yang lebih aktif dan bertindak balas dengannya."

Aku: "Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya."

Kau: "Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?"

Aku: "Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim."

Kau: "Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yang seragam."

Aku: "Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman."

Kau: "Tapi, imanku adalah infiniti!"

Aku: "Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10^23."

Kau: "Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yang susah kerana aku akan mengalami hemolisis."

Aku: "Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis."

Kau: "Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian..."

Sent by: e-lawak posted on 08 November 2013