Berkunjung ke Rumah Awek di Hari Raya
Si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan?
Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu 'matching' dengan baju. Iyerlah, pertama kali bertemu muka dengan 'bakal mertua'. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan 'mak datin'. Naya kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat 'lampu merah'!
Tip 1: Jaga Penampilan - Pakai baju yang macam baju
Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan jeans sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.
Tip 2: Bawa Teman - Teman yang bleh dipercayai (bukan teman yang ber'tanduk' dua)
Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai. Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.
Tip 3: Kenali Ahli Keluarganya - Lepas ni jangan plak buat-buat tak kenal bila jumpa kat pekan
Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat 'green light' untuk masuk ke dalam keluarga si dia.
Tip 4: Jaga Adab Sopan - Makan sikit je walaupun tengah lapor tak makan seminggu
'First impression' selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.
Tip 5: Bersikap Ramah Mesra - Ramah tapi tak mesra pon bleh kalau rasa korang main-main je dalam hubungan ni
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda 'merapu'. Dan jangan terlalu 'excited' semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!
Tip 6 : Murahkan Senyuman - Senyumlah-senyumlah wahai cik mek molek
Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam 'kerang busuk' pulak!
Tip 7 : Sediakan Buah Tangan - Buah tangan je jangan plak kasi buah buku lima
Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan 'bakal menantu' yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit 'duit raya' untuk bakal adik-adik ipar, kan!
Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak