Masa Selepas Kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: "Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuach."
6 bulan: "Tolong matikan lampu tu, silau aah."
6 tahun: "Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker?"

Pakai Toilet:
6 minggu: "Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisahhhh.."
6 bulan: "Masih lama lagi ke nih?"
6 tahun: "Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!"

Balas SMS:
6 minggu: "Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.."
6 bulan: "Trafik jam aah."
6 tahun: "K.."

Dating process:
6 minggu: "I love U, I love U, I love U."
6 bulan: "Of course I love U."
6 tahun: "Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??"

Pulang Kerje:
6 minggu: "Sayaaang, I dah balik nih..."
6 bulan: "I'm BACK!!"
6 tahun: "Masak apa hari ini??"

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: "Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni."
6 bulan: "I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.."
6 tahun: "Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak.."

Telefon:
6 minggu: "Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih.."
6 bulan: "Eh... Your call..."
6 tahun: "WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!"

Masakan:
6 minggu: "Wah, tak sangka I, pandai U masak. Rasa pun sedappp...!!"
6 bulan: "Kita makan apa malam ini??"
6 tahun: "HAH!! LAUK INI LAGI?"

Memaafkan:
6 minggu: "Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain, eh.."
6 bulan: "Hati-hati, nanti jatuh tuh."
6 tahun: "Orang dah bilang berkali-kali pon tak paham!!"

Baju baru:
6 minggu: "Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu."
6 bulan: "Lah... Beli baju baru lagi?"
6 tahun: "DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU??"

Merancangkan Holiday:
6 minggu: "Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?"
6 bulan: "Kita ke Bukit Bintang aje ler.. Senang sikit tak perlu naik flight.."
6 tahun: "JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!"

TV:
6 minggu: "Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?"
6 bulan : "Sekejap eh, citer bagus ah."
6 tahun: "JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK.."

Sent by: e-lawak posted on 22 November 2013