Nikah dengan Janda 18 Tahun

Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Dollah. Dollah ni dah 3 tahun menduda, setelah kematian isterinya. Pada satu hari, Dollah yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Dollah pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yang sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Dollah kerana dia ada calon yang sesuai untuk Dollah. Dollah sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 tahun. Beria-ria benar Usin supaya Dollah menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yang dah tua ni, Sin?" tanya Dollah.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Dollah. "Tapi.. kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500? Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Dollah tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Dollah.

"Kau tak payah susah-susah, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Dollah. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu-tunggu oleh Dollah, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Dollah. Hari tu Dollah sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Dollah.

Dollah segera terbayangkan saat-saat indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Dollah disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Dollah dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah, tiba la masa yang dinanti-nanti oleh Dollah, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Dollah pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Dollah bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Dollah mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Dollah, baru la Dollah sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18 tahun.

"Usinnn!!" jerit Dollah sambil berlari keluar mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Dollah. "Kau tipu aku, Sinnnn!!!" jerit Dollah sambil mencekik leher Usin.

"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18 tahun!!" balas Dollah.

"La.. bukan umur dia yang aku maksudkan 18 tahun.. Tapi dia dah menjanda 18 tahun!!"

"Mintak balik duit akuuuu!!"

Sent by: e-lawak posted on 30 November 2013