Pengeboman di Pusat Peranginan

Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat. Setelah dua hari berada dipulau itu, tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah dan beberapa lagi cedera parah..

Petang itu, pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada di pulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya.

"KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA!" kata Pengarang Akhbar.

Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut.

Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan, bunyinya:

"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT.."

Sent by: e-lawak posted on 05 December 2013