Asal-usul Nama Negara Singapura
Dahulu kala, sebelum terciptanya kapal terbang dan Internet, tiga orang nelayan telah singgah di sebuah pulau di selatan Semenanjung Tanah Melayu. Pada hari ini pulau itu bernama Singapura tetapi pada masa itu pulau itu belum berpenghuni mahupun bernama. Maka tiga orang nelayan itupun berhasrat untuk menamakan pulau berkenaan. Mereka mengambil keputusan bahawa setiap orang menyebut satu suku-kata. Jadi, tiga suku-kata apabila dirangkaikan menjadi satu nama.
Nelayan pertama menyebut: "Do"
Nelayan kedua menyebut: "Re"
Sebelum nelayan ketiga menyebut suku-kata ketiga, tiba-tiba mereka terdengar ngauman yang kuat. Maka lari lintang-pukanglah ketiga-tiga mereka, takut menjadi makan tengahari binatang buas berkenaan. Maka tinggallah pulau berkenaan tidak bernama sehinggalah ada orang memanggilnya "Temasik". Kemudian, mengikut cerita orang, Parameswara menamakannya "Singapura". Adakah ia ada kena mengena dengan binatang buas dalam cerita ini, Allahu-a'lam.