Bengang dengan Roommate
Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? Get ready for the payback time...
- Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik dan terangkan bahwa takde org kat rumah. Unpack segala barang anda dan pegi tidor.
- Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati, "Horee.. kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia, "Sepatutnya kau dah blah dah skrg."
- Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura-pura tak tahu apa yang dia cakap.
- Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata, "Dah merebak.. dah merebak!"
- Beli pepokok bonsai. Bercakap dan tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi!" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
- Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata, "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
- Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi."
- Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula. Pakai topi kertas.
- Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda.." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya.."
- Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
- Bila roommate anda balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahwa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
- Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahwa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
- Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.
- Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.
- Duduk dan renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang dan popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
- Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
- Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer utk beri makan kepada binatang tersebut. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.
- Pegang dan gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la.. Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
- Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 bace yasin ramai-ramai.
bile rumet jage pakat-pakat buat tak nampak ape-ape. - Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.