Bagi Hadiah Selamat Hari Guru
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 Purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka, Ms. Lee (kira-kiranya cikgu mithali le nie).
Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat, maka beraturlah memurid tahun 6 Purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah. Ada yang bagi hadiah, selepas bagi hadiah dan kad, masing-masing mengucup pipi Ms. Lee sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.
Maka tibalah giliran Maria Mui, si ketua kelas, dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar lain dari yang lain. Dengan senyum simpulnya si Maria Mui meminta Ms. Lee meneka apa yang dihadiahkannya.. Maka jenuhlah si Ms. Lee meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Maria Mui tadi.
Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu. Ms. Lee segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa, "Hummm.. masam, Cikgu dah tau dah.. kamu hadiahkan cikgu jeruk pelam yeak.. Cikgu suka jeruk pelam tau.."
"Err.. Sebenarnya cikgu.. Saya hadiahkan anak KUCING.."