Naik Pesawat Ringan
Fauzan dan isterinya, Siti pergi ke Pesta Pulau Pinang setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar-legar di udara Fauzan termenung.
"Siti, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzan.
Setiap tahun Siti akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya.
"Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."
Tahun berikutnya, Siti dan Fauzan pergi lagi ke pesta tu. Fauzan masih ingin menaiki pesawat ringan.
"Siti, abang dah berumur 65 tahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata Fauzan.
"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Siti.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat.
"Makcik dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM 50," kata juruterbang.
Siti dan Fauzan setuju. Sewaktu di udara, juruterbang melakukan berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi-aksi ngeri namun pasangan itu tetap tidak menjerit.
"Wah hebatnya.. saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuatkan pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang.
"Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Siti terjatuh dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzan.