Loceng yang Memberi Wang Tunai

Sahrin dan Siti. hidup miskin papa kedana. Kerap kali meminjam wang disana sini. Mereka sudah 15 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Kerana kemiskinan mereka ini, pertengkaran kerap kali berlaku antara mereka laki bini.

Pada satu hari rumah mereka didatangi oleh seorang pemuda yang berpakaian segak, namanya Tajudin. Tajudin mengenalkan dirinya sebagai seorang pegawai yang ditugaskan untuk menolong keluarga miskin seperti Sahrin dan Siti. Dia memberi Sahrin sebuah kotak yang berisi loceng kecik.

"Saya tahu anda laki bini susah, dari itu saya beri anda kotak ini. Di dalamnya ada sebuah loceng kecil, jika anda membunyikannya, anda akan mendapat wang tunai 1 juta dollar!" jelas Tajudin.

"Ah?? Dapat duit 1 juta? Kelakar ke apa? Ko ingat kita nie bebudak ye?" Sahrin bersuara.

"Saya cakap benar, kalau awak nak kan 1 juta dollar, awak bunyikkan saja loceng ini dan keesokannya saya akan datang bawa duit itu. Tapi.. di saat awak bunyikkan loceng itu, seseorang yang awak tidak kenali akan mati," sambung Tajudin lalu beredar dari situ.

Nie dua laki bini melangok tercengang. Di pendek kan cerita, dia orang bertengkar lagi. Sahrin nak buang saja kotak itu, sementara si Siti seboleh boleh suruh laki dia bunyikkan loceng di dalam kotak itu.

"Awak nie kan... percaya yer dgn kata-kata si Tajudin tadi?"

"Lah abang nie.. cuba sajalah, mana tahu apa yang dicakapkan tu benar, kita akan kaya bang.." balas Siti.

"Kalaulah betul, kita bunyikan loceng ini.. abih nanti ada orang yang akan mati tau.. tak ker kita nie jadi pembunuh?"

"Alah abang niee, hari-hari ada orang matilah.. lagi pun kan encik Tajudin tu cakap orang yang akan mati ialah seseorang yang kita tidak kenali.. alahhhh bunyikan je lah."

Atas desakan si isteri, Sahrin akhirnya membunyikan loceng itu. Setelah dibunyikan mereka perhati keadaan sekeliling, tidak ada aper aper yang berlaku.

"Takder apa-apa pon? Kan saya dah cakap, nie tipu je.. sudahlah.. buat buang masa aku je.." keluh Sahrin sambil mencampakkan kotak itu ke tepi.

Keesokan harinya, Tajudin datang lagi ke rumah mereka.

"Oleh kerana awak telah membunyikan loceng tersebut, maka saya beri awak wang tunai 1 juta dollar ini," sambil memberi beg berisi wang kepada Sahrin dan Siti.

Mereka laki bini sepanjat berok, tak sangka yang mereka benar-benar mendapat wang 1 juta dollar itu. Bukan main hepi lagi dia orang nie.

"Boleh saya ambil semula kotak yang saya berikan semalam?" Tajudin bersuara.

"Oh boleh-boleh, heheh.." balas Sahrin sambil memberi kotak berisi loceng itu, "Betul kee ada orang yang mati bila kami bunyikan loceng ini?"

"Ya betul, orang tu dah pun mati.. tapi jangan bimbang orang yang mati itu adalah seorang yang TIDAK ANDA KENALI!" jawab Tajudin.

"Apa yang anda ingin buat dgn kotak ini?" tanya Sahrin lagi.

"Oh, saya akan reset balik dan akan saya berikan pada sebuah lagi keluarga yang susah dan saya akan berikan syarat yang sama juga seperti saya berikan pada anda." jawab Tajudin.

"Waahh bertuah lah keluarga tu ye? siapa agaknya yang encik Tajudin ingin berikan?" tanya Siti.

"Oh jangan bimbang. Saya akan berikan pada seseorang yang TIDAK ANDA KENALI.." jawab Tajudin lalu beredar dari situ.

Sent by: e-lawak posted on 05 May 2014