Peguamcara dan Saksi di Sebuah Mahkamah
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.
Peguamcara: "Ibu Fatkah, Ibu kenal siapa saya?"
Ibu Fatkah: "Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.."
Peguamcara tersebut terpegun, lain yang ditanya.. lain pula jawapan yang diterima. Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..
Peguamcara: "Ibu Fatkah pasti juga mengenali Tuan Saidi.., peguambelakan?"
Ibu Fatkah: "Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Saidi juga mengecewakan.. Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan.."
Habis sahaja Ibu Fatkah berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya..
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.. kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan.." kata hakim.