Pecat Pekerja Malas

Ni kisah satu org makhluk yang dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja-pekerja yang agak kurang motivasi dan selalu cuai dan pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape-sape yang dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Memang malang tidak berbau, dia ternampak seorang pekerja yang sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yang berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Berapa gaji awak?" dia bertanya dengan nada yang agak keras.

"Dalam RM800" pekerja tu menjawap.

Bos tu menjawap, "Nah amik ni RM800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS-MALAS PEGI TEMPAT LAIN!!"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang kesemua pekerja-pekerjanye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja-pekerja memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas. Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorang pekerja di situ, "Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja, "Owh, dia tu datang menghantar pizza, tak keje sini pun.."

Sent by: e-lawak posted on 11 July 2014