Sakit Parah dan Tidak Boleh Diubati

Seorang lelaki yang sudah sakit parah dan tidak boleh diubati menjalani rawatan di rumahnya. Sang isteri yang setia, menjaga dengan tekun hingga saat-saat terakhir. Malam itu, doktor berkata bahawa umur lelaki tersebut tinggal satu hari. Doktor mengesahkan bahawa besok tengah hari, lelaki itu akan tiada.

Keesokan paginya, si suami terbangun dengan sangat lemah. Tiba-tiba, hidungnya mencium aroma kek coklat kegemarannya. Dia berfikir, "Istriku sungguh manis sekali, di saat-saat akhir hidupku, dia ingin aku menikmati kuih kesukaanku untuk yang terakhir kalinya."

Dengan sekuat tenaga, dia berusaha bangun dari tempat tidurnya dan berjalan menuju dapur. Dengan kekuatan terakhirnya, dia boleh sampai ke dapur dan di meja makan, ia melihat sebuah kuih coklat kesukaannya.

Dengan terharu, sang suami menjulurkan tangannya untuk mengambil sepotong kuih coklat tersebut. Tiba-tiba, terdengar suara isterinya berteriak kerana terkejut,

"JANGAN! Itu kek untuk para pelayat yang akan datang nanti tengah hari!"

Sent by: e-lawak posted on 12 August 2014