Cemas Kerana Tidak Punya Wang

Seorang lelaki tidak boleh tidur, isterinya menanyakan penyebabnya. "Aku berhutang 20 ribu ringgit kepada bank dan tidak punya wang untuk membayarnya," jelas sang suami.

"Berikan nombor telefon pengurus bank tersebut," kata isterinya.

Selepas itu, dia pergi ke ruang tamu dan kembali ke bilik beberapa saat kemudian. "Sekarang kamu boleh tidur yang nyenyak," dia memberi tahu suaminya.

Sang suami bertanya, "Apa yang kamu buat?"

"Aku menelefon pengurus bank dan memberitahunya bahawa kamu tidak punya wang. Jika kamu tidak boleh membayar hutangmu, dia yang akan disalahkan kerana berani memberi hutang itu kepadamu. Sekarang, tidurlah biar dia saja yang mencemaskan perkara ini."

Sent by: e-lawak posted on 23 August 2014