Menukarkan Isteri dengan Unta

Seorang lelaki dan isterinya bercuti ke sebuah negara di Timur Tengah. Seorang sheik yang kaya secara kebetulan melihat mereka dan berminat oleh kecantikan sang isteri, kemudian jatuh cinta kepadanya, dan meminta kepada sang suami, "Apakah anda mahu menukarkan isteri anda dengan 500 ekor unta?"

Sang lelaki berfikir selama beberapa minit, kemudian menjawab, "Tidak, maaf anda tidak boleh mempunyai isteri saya. Isteri saya bukan untuk dijual."

Sang sheik itu kemudian pergi meninggalkan mereka dengan kecewa. Sang isteri merasa senang dengan jawapan sang suami, lalu bertanya, "Kenapa awak tidak rela menjualku kepada sheik tadi? "

"Oh, aku sempat berfikir sebentar tadi, tetapi aku tidak mendapati cara untuk membawa pulang 500 ekor unta dari sini ke negara kita."

Sent by: e-lawak posted on 09 September 2014