Permainan Besbol di Syurga

Ada dua orang pemain besbol yang sudah lanjut umur, keduanya berteman baik. Yang seorang berkata kepada sahabatnya, "Jika salah satu dari kita meninggal dunia lebih dahulu, ia harus kembali lagi ke dunia dan memberitahukan bagaimana keadaan di syurga, apakah di sana ada permainan baseball."

Keduanya pun berjabat tangan tanda bersetuju.

Tiga hari kemudian, salah seorang dari mereka meninggal dunia dan dibawa ke syurga. Setelah berjalan-jalan di syurga, ia meminta kepada malaikat untuk kembali lagi ke dunia agar menepati janji kepada sahabatnya itu. permintaannya pun dimakbulkan.

Sesampainya di dunia, ia bertemu dengan sahabatnya dan berkata, "Saya telah melihat syurga, indah sekali! Dan, saya membawa dua khabar baik untukmu. yang pertama, di syurga ada lapangan besbol."

"Lalu, khabar baik yang kedua apa?" tanya sahabatnya dengan penuh rasa ingin tahu.

"Kabar keduanya ialah, kamu dijadualkan bertanding di sana Isnin depan."

Sent by: e-lawak posted on 29 October 2014